Pages

My alternate site is:

http://steffy182.multiply.com/

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Image Hosted by ImageShack.us


Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Driving Success Through Shared Knowledge - E-Koleksi

Sertailah e-koleksi.. Pakej koleksi ebook, tutorial dan software pertama di Malaysia yang mengandungi bahan-bahan koleksi pelbagai jenis ebook dari pelbagai tajuk..

E-Koleksi

Saturday, September 13, 2008

Survival Kit

Bekalan menyelamat nyawa

Keselamatan di tempat kerja perlu bermula dengan ilmu tentang puncanya.

Credit to: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm


BOT keselamatan inilah yang digunakan pekerja pelantar untuk insiden seperti pelantar tumbang, terbakar dan sebagainya.














Anda berada di dalam bangunan 20 tingkat di tempat anda bekerja. Tiba-tiba anda terdengar siren amaran yang menandakan adanya kecemasan.

Beberapa saat kemudian anda melihat asap menyusup masuk melalui celah pintu dan mula menyelubungi ruang siling pejabat. Ini adalah Tanda Minit Kedua kebakaran.

Pada peringkat ini api sudah sampai ke siling dan kadar radiasi haba mencecah sehingga 400 darjah Celcius. Kesemua pintu keluar sudah tersekat dengan haba radiasi. Apa yang perlu atau tidak lakukan dalam keadaan sebegini?

"Dalam ujian lapangan yang dilakukan, kita dapat perhatikan kepulan asap memenuhi ruang atas sesebuah bilik terlebih dulu. Disebabkan itu, dalam keadaan seperti ini, pilihan yang ada ialah anda jangan panik dan merendahkan tubuh.

"Merangkaklah ke pintu keluar jika berupaya, walaupun peluang untuk selamat di peringkat ini adalah tipis," jelas Pengurus Besar Pusat Latihan Keselamatan Terengganu (TSTC) Sdn. Bhd., Mohd Rosni Salim.


SIMULASI helikopter melatih peserta untuk pantas bertindak dan tenang dalam keadaan panik.











Kebakaran di tempat kerja, menurut nota Basic Fire Fighting yang dikeluarkan TSTC, berpunca daripada sikap tidak mengikut arahan, penilaian diri yang rendah atau kerana tidak mengikut peraturan keselamatan kebakaran yang telah ditetapkan.

Bukan sekadar mengawasi kebakaran, sebaliknya pusat latihan ini akan membuka mata para pelatih sehingga ke akar umbi termasuklah membincangkan tentang sifat api yang bergantung kepada tiga faktor utama untuk berlaku, iaitu melalui Segi Tiga Api.

Dalam segi tiga berkenaan, tiga faktor utama yang terlibat ialah oksigen, haba dan bahan api. Pengeluaran salah satu daripada ketiga-tiga faktor ini akan melumpuhkan pembentukan api dan sekali gus menghentikan kebakaran.

Ini menjelaskan mengapa ada empat cara memadam api yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Hakikatnya, perbezaan itu lahir kerana ketiga-tiga faktor tadi.


Satu lagi versi bot keselamatan yang dilengkapi sistem apungan berteknologi tinggi yang dibekalkan kepada pekerja pelantar.










Haba dapat dikeluarkan dengan menggunakan air, bahan api pula dikeluarkan sama ada dengan mengasingkannya, menghentikan bekalan atau membuangnya.

Manakala oksigen dapat dihalang daripada melengkapkan segi tiga berkenaan dengan menyeliputi kebakaran menggunakan penutup, selimut atau melemahkannya dengan mencairkannya.

Kesedaran keselamatan terhadap kebakaran hanyalah salah satu daripada 54 subjek keselamatan yang cuba diberi pendedahan oleh TSTC.

Antara lain subjek yang menyebabkan pusat latihan ini mendapat perhatian dunia ialah keupayaannya membekalkan latihan Helicopter Underwater Escape (HUET), orientasi keselamatan di kawasan perairan, asas survival keselamatan individu di laut, pasukan kawalan keselamatan dan banyak lagi.

Ia juga memenuhi keperluan syarikat yang menawarkan pekerjaan berisiko tinggi.

Mungkin kerana silibus pengajaran yang mendalam dan spesifik, TSTC berjaya menyenaraikan klien dari Nigeria, Thailand, Myanmar, Vietnam, Indonesia, Filipina, China, Afrika Barat dan Singapura.

Klien TSTC bermula daripada badan kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Keselamatan Malaysia, Bank Negara hinggalah kepada badan gergasi termasuklah Petronas Cargali, ExxonMobil, dan Saudi International Petrochemical Company.



CARA terbaik menangani satu-satu kebakaran ialah melakukannya dari luar bangunan yang terbakar.







"Pekerja pelantar minyak terdedah kepada risiko keselamatan hampir pada setiap masa. Sama ada kerja mereka ialah mengorek bumi, menguji telaga minyak, melakukan kimpalan atau pemasangan wayar di dasar laut, dan sebagainya.

"Malah mereka mula terdedah kepada bahaya sebelum mereka sampai ke pelantar lagi."

Menaiki helikopter, menurut Rosni, adalah satu lagi senario yang sering mengundang kerisauan.

"Kes helikopter terhempas sudah banyak yang kita dengar berlaku di negara kita sendiri. Satu daripadanya ialah kes yang melibatkan helikopter Super Puma L2 yang dalam perjalanan ke pelantar minyak pada Januari 2007.


"Kalau pelantar itu di tengah laut, contohnya, latihan memindahkan pekerja dari bot ke pelantar perlu mengambil kira pergerakan ombak, kelajuan angin, perubahan cuaca dan ketinggian pelantar dari paras laut.

"Persediaan seperti jaket keselamatan dan sistem pernafasan kecemasan perlu dilakukan pada setiap sama.

"Di sana, angin monsun di negara kita adalah cuaca terbaik mereka," jelas Rosni yang menambah cuaca bukan dalam kawalan sesiapa.

Melawat tapak latihan yang seluas empat hektar di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, beberapa bangunan dilihat bertompok memenuhi landskap.

Blok pentadbiran dan pengajaran yang dilengkapi dengan kolam renang, platform untuk melompat, takal untuk menarik helikopter, simulator helikopter untuk HUET, kawasan latihan kebakaran yang ekstensif, kawasan latihan kemahiran keselamatan untuk perancah, dan operator takal.

Malah latihan kebakaran secara langsung meraih jolokan latihan simulator kebakaran terbaik di Asia Tenggara kerana ia dapat memberikan senario kebakaran yang paling hampir dengan realiti.

"Susah untuk memberi senario paling hampir dengan realiti bagi keadaan paling buruk yang mungkin berlaku kerana ia dipengaruhi banyak aspek yang berada di luar kawalan manusia," kata Mohd Rosni.

Pendek kata dengan kelahiran TSTC, kita tidak perlu lagi mencari pusat latihan yang dapat memberi persediaan yang cukup untuk menghantar rakyat negara ini bekerja dalam bidang yang selama ini seperti mustahil untuk diceburi.

Biarpun sesukar mana pekerjaan yang ditawarkan di seberang laut, dengan pusat latihan yang lengkap dan berteknologi tinggi, Malaysia dapat menyediakan tenaga untuk sebarang pekerjaan.

No comments: